Hu hu bertambah lagi koleksi iq-based riddle aku. Diforwardkan oleh bro Ikram. Bunyinya camnie:
Anda diberikan sejenis tali yang mana apabila dibakar dari salah satu hujung akan mengambil masa sejam untuk habis dibakar sepenuhnya. Kadar pembakaran adalah tidak sekata (cth: 1cm pertama perlukan masa 5 minit, 1cm berikutnya 3 minit, etc).
Bagaimanakah caranya untuk menyukat masa 30 minit?
Kalo korang leh jawab, cuba soalan lanjutan nie. Anda diberikan 2 tali sama panjang berjenis yg sama seperti soalan pertama. Bagaimanakah caranya untuk menyukat masa 45 minit?
Anda diberikan sejenis tali yang mana apabila dibakar dari salah satu hujung akan mengambil masa sejam untuk habis dibakar sepenuhnya. Kadar pembakaran adalah tidak sekata (cth: 1cm pertama perlukan masa 5 minit, 1cm berikutnya 3 minit, etc).
Bagaimanakah caranya untuk menyukat masa 30 minit?
Cth jawapan salah: Potong kepada 2 bahagian kemudian bakar salah satu.
Alasan: Kerana kadar pembakaran tidak sama. Boleh jadi bahagian yg dibakar itu hanya mengambil masa 10 minit sedangkan bahagian yg satu lagi 50 minit.Kalo korang leh jawab, cuba soalan lanjutan nie. Anda diberikan 2 tali sama panjang berjenis yg sama seperti soalan pertama. Bagaimanakah caranya untuk menyukat masa 45 minit?
0 ulasan:
Catat Ulasan