Jom Teka Teki Teka Tekuk

Kehidupan aku dalam dunia blogging...

17 Jan 2010

Italian Mamak; Williams de sequel…

Dicatat oleh Coisox

Baru sekali gi Williams, dah ada org suruh aku jadi tekong Jumaat bebaru nie aku bawak laa opis mate aku gi sana. Since nie 2nd time aku gi, so tersesat laa skit (skit je). Lepas call Lebai mintak guide, sampai laa aku ke destinasi.

This time aku ambik gambo Williams dari luar. Kot2 ada kalangan korang nak gi tapi tak kenal tempat. Sebab tempat tu terkenal tapi huduh semacam jek bila sampai. Even opis mate yg aku bawak tu pun tak caya bila kitorang dah sampai. Dia ingat aku memain sampai laa kitorang duduk baru dia caya.

Hmm… kat sini satu yg pelik or unik, diorang tak suka pakai kertas. Ambik order dan kira main congak je. Termasuk laa masa kita nak order; bukannya ada menu! Kalo kita tanya apa yg special, pun tak byk membantu dia punya description. Kurang jelas. So better tanya member2 apa yg best b4 pegi sana. Nie aku list laa apa yg kitorang makan hari tu:

DSC00703 Spagetti Seafood Special with Olive Oil
Customer rating:
Price: RM30

Customer review (Suraya):
Bg aku mknan yang aku mkn ni dah kire sedap la sb aku jenis x kisah sgt pasal mknan ni... sedap ke krg sedap je am=ku bedal je kecuali klu aku btl2 x leh nk terima br aku x mkn... tp yg plg aku suka sbb seafood die... aku ni mmg hantu seafood pon.. hehehe.. mknan die punya la byk smpi x abis aku nak mkn.. aku cume abiskan seafood je.. spagetti aku sentuh skit je.. x larat nak abiskan.. byk sgt... pape pon mknan yg aku mkn tu kire best la...
DSC00705 Nasi Goreng Kappuchio
Customer rating:
Price: RM25

Customer review (Shahida):
Sdap dan cantik hahaha
DSC00709 Spegetti Kabonara
Customer rating:
Price: RM8

Customer review (Coisox):
Emm… masa memula makan memang best! Tapi lama-lama jadi muak. Tak habis pun makan sebab byk sgt. Rasa dia ala-ala masin2 skit. Pehtu ada daging potong. Yg mcm garam tu cheese. Bagi aku best lagi Mee Raja.
DSC00711 Spagetti Seafood Special White Sauce
Customer rating:
Price: RM30

Customer review (Kak Lili):
Fuhhh yang ni sangat la marvellous!! Mantap!!! Sefood dia sangat banyak sampai kuah melimpah ruah. Fuuuhhh... rasa spagetti dia biasa je la.. hahaha tapi yang lazat tu memang seafood dia. Very the extravaganza... pergh!! Ada potongan sotong. Dari potongan sotong dah tau sotong tu sotong besar. Ada kupang, ada pepahat, ada scallop dan ada udang. Scallop kat pinggan aku ada la 5 ketul. Giler pemurah siut. Udang ada dekat 10 ekor. Ada 2 jenis udang plak tu. Udang galah dan udang biasa yang saiz sederhana tu. Harga RM30.00 sepinggan. Tapi untuk hidangan tu... memang berbaloi-baloi...
DSC00715 Nasi Goreng Ayam 2 Rasa
Customer rating:
Price: RM25

Customer review (Nadzri):
Nasi goreng dia ala-ala rasa nasik goreng kampung jek. Yang special nya ayam dia ada 2 jenis masakan. Satu tu ayam percik, satu lagi ayam masak macam ala-ala kuah kacang. Setiap ketul ayam tu adalah 1/4 tau. Kedua-dua ketul ayam tu masakan dia sedap la jugak. Cuma portion dia agak besar bagi orang biasa-biasa. Kalau SANGAT lapar, ok la boleh oder menu ni.
DSC_6028 Mee Raja 
Customer rating:
Price: RM10

Customer review (Nurulhuda):
mee raja dia sedap... tp time aku dtg tu, rasanya kuah dia mcm dah kering (yelah, org len dah abes makan, aku baru nk smpi)..tp bole rasa lg la part mana yg sedap..memandangkan menu aku tu org yg pilih, jadik aku bantai je makan.. hahah...nasib baik ada ayam goreng (ayam goreng ke?) tambahan.. bila dah rasa takleh makan tuh, makan ngn ayam jadik sedap lah pulak.. tp peruu lak dah penuh, bila dah blk rumah rasa cm rugi lak tak abeskan...so aku bg 4/5 la utk rating dia... next time aku nk try makan nasi goreng ketam dia plak...org ckp sedap...tp betul ke?

Oh ya, kalo korang nak gi sana, aku suggest korang share makanan. Satu pinggan boleh utk 2 org. Kalo dtg ngan family 5 org, aku suggest ambik 3 menu dah laa. Aku nie jenis boleh makan banyak (compare to normal guy). Itupun susah nak habiskan. So kalo korang jenis perut normal, aku guarantee tak habis makan sorang. Dia punya air, kalo yg paling besar pun takde laa besar sangat. So sesuai laa sorang ambik satu. Mostly air dia best. Aku suka Manggo (dia campur ngan tembikai potong and nata de coco kot). Tapi air yg top kat sini is Ribena Longan.

 ramai
Lihat album penuh

0 ulasan:

Catat Ulasan

Emoticons(mouse-hover utk kod):